Tuesday, November 3, 2009

AYAM STEW

Satu lagi resipi dari Kak Villa yang sangat simple. Buat yang sedang kebuntuan idea untuk memasak ayam, bolehlah mencuba resipi ini.

AYAM STEW
Sumber: Kak Villa (Forum GDB)

Bahan-bahan
200 gm ayam (akak pakai boneless chicken)
3 ulas bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih* *dihiris
1 inci halia*
1 biji cili merah*
2 tangkai daun sup & bawang - akak ikat aje
1 batang lobak merah - potong kecil-kecil
1 biji tomato - belah 6
1 sudu kecil tepung jagung# #bancuh
1/2 cawan air#
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
garam secukup rasa


Cara
1. Ayam dibersihkan & potong kecil-kecil.
2. Masukkan semua bahan kecuali, tomato, daun sup dan bawang dalam periok. Gaul & masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan pula tomato & daun sup n bawang. Gaul rata & masak dlm satu minit & tutup api. Siap untuk dihidang.

psst: Resipi ni liza copy dan paste je dari Forum Gang Dapur Berasap (GDB).

AYAM KESHMIRI

Amboi... nampak sedap resipi ni. Sungguh mudah penyediaannya. Kalau tengok rupa, saling tak tumpah macam ayam masak kurma. Menarik sungguh dengan atur kuliner hidangan ni. Sesuai juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi putih. Malah, boleh juga dijadikan cicahan roti tawar atau roti jala. Terima kasih, Kak Sapiah(forum GDB) yang sudi berkongsikan resipi istimewanya ini. Kepada kekawan yang mahu mencubanya, di sini liza panjangkan resipinya.

Ayam Keshmiri
Sumber: Kak Sapiah (Forum GDB)

1 ekor ayam - potong 8, goreng lembab
150g plain yoghurt
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato - belah empat
Kayu manis empat sekawan
1/2 cawan air
garam secukup rasa
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
Bawang goreng untuk hiasan

Bahan kisar
100g gajus
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato
4-5 biji cili padi hijau
1/2 st serbuk lada putih
1/2 st serbuk kunyit
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan halus
1 pokok daun ketumbar

Caranya
1. Tumis kayu manis empat sekawan hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan susu cair, yoghurt, garam dan 1/2 cawan air. Kacau rata dan biarkan mendidih..masukkan ayam.
3. Masak sehingga terbit minyak, masukkan tomato dan hirisan daun ketumbar..gaul rata...hidang.

Selamat mencuba!