Tuesday, January 4, 2011

Ikan Sweet Sour


Bahan :-

1 - ekor ikan bawal hitam/siakap/2 keping ikan merah/kerapu
6 - ulas bwg merah }
3 - ulas bwg putih }
1 - cm halia } -----> kisar halus
4 - sudu besar sos cili
4 - sudu besar sos tomato
1 - sudu kecil lada sulah
1 - labu bwg besar - potong bulat
1 - tin kecil nenas kiub ( yg bulat pun bole.... potong 8 )
2 - sudu besar air nenas
garam/gula secukup rase
1 - sudu kecil tepung jagung campur sedikir air (bahan pemekat)



Cara :-


1) Ikan yg disalut garam/kunyit,goreng garing
2) Kurangkan minyak tumis bhn kisar,wangi masuk sos,lada sulah,garam n gula
3) Masukkan bwg besar,air tepung jagung.kacau rata.
4) Masukkan nenas n airnya.Mendidih masuk ikan gaul sebati angkat.

Sumber Oleh: Efkay dari Forum GDB

Selain itu boleh cuba cara begini,


Bahan :-

1 - ekor ikan siakap/ 2 keping ikan merah/2 keping ikan kerapu
10 - biji cili merah - kisar kering
1 - biji bawang besar - potong dadu
2 - ulas bwg putih - belah 2 then pepah dgn pelepah pisau
1- - sudu besar sos tiram
3 - sudu besar sos cili
Garam/gula secukup rase
Kunyit
Tepung Jagung
sedikit air

Cara :

1) Ikan gaul dgn garam/kunyit then goreng ( lagi sedap kalau salut dgn tepung jagung)
2) Kurangkan minyak dlm kuali,Tumis bawang naik bau tepikan dalam kuali,then tumis lada.garing,campurkan
dgn bwg tadi masukkan air,masukkan sos perasakan gula/garam.
3) Masukkan ikan biar kejap then angkat.

Sumber Oleh: Efkay dari Forum GDB

Ini akak Palatable(dari Forum GDB) punya Ikan Masam Manis. Kak Palatable gunakan sliced fish jenis seabass.

Masak Kuali


Bahan


3 - ekor ikan kembung
10 - biji lada kering }
7 - biji bwg kecik }
1 - biji bwg putih }-----------------> kisar halus
1 - inci halia }
1/2 - inci kunyit }
2 - biji buah keras }
2 - btg serai }
500 ml santan - dari 1 biji kelapa
garam n gula secukupnya




Cara :

1) Goreng ikan dgn garam n kunyit
2) tumis bahan kisar hingga naik minyak
3) Masuk santan dan perasakan garam gula
4) Mendidih Masuk ikan then mendidih lagi angkat


Sumber Oleh: Efkay dari Forum GDB

Sop Mamak


Sumber Asal: Cranko
Dipersembahkan oleh: Efkay dari Forum GDB


Bahan A
1 kilo daging ( mak guna tulang + daging)
4 helai daun pandan

- rebus dgn daun pandan hingga empuk

Bahan B

4 -sudu besar Rempah sop
30 - gm cili padi
100 - gm bawang kecil
30 - gm bawang putih
50 - gm halia
2 - batang kayu manis
garam secukup rasa
sedikit gula
3 sudu tepung kacang dhal yg di campur air sedikit (ni kira agent pemekat lerrr)


- tumis bahan2 kisar, kayu manis
- masukkan rempah sop dan tumis hingga naik bau
- masukkan daging yg telah di rebus empuk tadi bersama2 dgn air rebusan daging, rasa garam dan masukkan sedikit gula dan tepung kacang dhal tadi dan biarkan mendidih di atas api sederhana besarnya sekurang2 20 minit sebelum di hidangkan.

semasa menghidang di tabur dgn hirisan daun sop dan bawang goreng.
sedap di hidang bersama roti perancis...

Rendang Sumatera


Bahan : -



1 - kilo daging
1.5 liter santan - dari 2 biji kelapa
10-15 - biji lada hidup
7- biji bawang kecil
3 - ulas bawang putih
1/2 - inci halia
3 - btg serai
1 - inci lengkuas
2 - helai daun kunyit.
garam n gula secukup rase


Cara :

Kisar semua bhn kecuali daun kunyit.masuk semua bahan.masak hingga kering.

Sumber daripada: Kak Efkay dari Forum GDB

Baryani Daging


Bahan-bahan

2 kilo daging lembu
4 sudu besar rempah baryani
3 sudu besar rempah kari

Bahan A :
10 ulas bwg putih - kisar
10 ulas bwg merah - kisar
50 gm halia muda - kisar

Bahan B :
5 kuntum bunga cengkih - kisar halus
5-6 bunga lawang - kisar halus
5-6 buah pelaga - kisar halus
2 btg kulit kayu manis - kisar halus

Bahan C :
4 tangkai daun pudina - mayang halus
4 tangkai daun sadri - mayang halus
4 tangkai daun bawang - mayang halus

Bahan D :
3 Sudu besar tomato puree
½ tin susu cair
½ botol madu
Garam secukup rasa

Bahan E :
4 biji bawang besar - hiris dan goreng hingga kuning keemasan
segenggam gajus - goreng
seganggam kismis



Cara:
1. Potong daging dlm 2 inci.Masuk bahan A dan C serta rempah.Perap 1 jam
2. Masuk daging perak dlm periuk dan masukkan air paras daging saja dan rebus hingga empuk
3.Masuk bahan B dan D dan biar api perlahan
4.Apabila mesera masuk bahan E,biar mereneh kejap.Siap untuk dihidang.

Note : kalau gune daging buat malam sebelum nak makan....so lebih sedap sebab dah mesera

Gune ayam pun bole jugak......daging ganti dengan 2 ekor ayam....tapik make sure air tak byk mcm dlm resipi....cos ayam keluar air.....

Sumber daripada: Kak Efkay dari Forum GDB

Tuesday, November 3, 2009

AYAM STEW

Satu lagi resipi dari Kak Villa yang sangat simple. Buat yang sedang kebuntuan idea untuk memasak ayam, bolehlah mencuba resipi ini.

AYAM STEW
Sumber: Kak Villa (Forum GDB)

Bahan-bahan
200 gm ayam (akak pakai boneless chicken)
3 ulas bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih* *dihiris
1 inci halia*
1 biji cili merah*
2 tangkai daun sup & bawang - akak ikat aje
1 batang lobak merah - potong kecil-kecil
1 biji tomato - belah 6
1 sudu kecil tepung jagung# #bancuh
1/2 cawan air#
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
garam secukup rasa


Cara
1. Ayam dibersihkan & potong kecil-kecil.
2. Masukkan semua bahan kecuali, tomato, daun sup dan bawang dalam periok. Gaul & masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan pula tomato & daun sup n bawang. Gaul rata & masak dlm satu minit & tutup api. Siap untuk dihidang.

psst: Resipi ni liza copy dan paste je dari Forum Gang Dapur Berasap (GDB).

AYAM KESHMIRI

Amboi... nampak sedap resipi ni. Sungguh mudah penyediaannya. Kalau tengok rupa, saling tak tumpah macam ayam masak kurma. Menarik sungguh dengan atur kuliner hidangan ni. Sesuai juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi putih. Malah, boleh juga dijadikan cicahan roti tawar atau roti jala. Terima kasih, Kak Sapiah(forum GDB) yang sudi berkongsikan resipi istimewanya ini. Kepada kekawan yang mahu mencubanya, di sini liza panjangkan resipinya.

Ayam Keshmiri
Sumber: Kak Sapiah (Forum GDB)

1 ekor ayam - potong 8, goreng lembab
150g plain yoghurt
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato - belah empat
Kayu manis empat sekawan
1/2 cawan air
garam secukup rasa
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
Bawang goreng untuk hiasan

Bahan kisar
100g gajus
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato
4-5 biji cili padi hijau
1/2 st serbuk lada putih
1/2 st serbuk kunyit
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan halus
1 pokok daun ketumbar

Caranya
1. Tumis kayu manis empat sekawan hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan susu cair, yoghurt, garam dan 1/2 cawan air. Kacau rata dan biarkan mendidih..masukkan ayam.
3. Masak sehingga terbit minyak, masukkan tomato dan hirisan daun ketumbar..gaul rata...hidang.

Selamat mencuba!