Monday, April 27, 2009

Salam Perkenalan

Terlebih dahulu Liza sebagai wakil gang-gang dapur yang lain mewujudkan blog yang tak seberapa ini, bertujuan untuk meneruskan siratulrahim sesama kita walau di mana jua gang-gang berada. Walaupun dulu pernah kenal, berkongsi pendapat, resipi dan sebagainya dari forum interaktif popular, FRD, kini mewujudkan satu lagi blog milik gang-gang semua untuk teruskan minat kita bersama dalam bidang masak-memasak. Dengan ini, Liza berharap, gang-gang semua dapat menceriakan dan menyerikan blog dan forum Gang Dapur ini dari semasa ke semasa.