Tuesday, November 3, 2009

AYAM STEW

Satu lagi resipi dari Kak Villa yang sangat simple. Buat yang sedang kebuntuan idea untuk memasak ayam, bolehlah mencuba resipi ini.

AYAM STEW
Sumber: Kak Villa (Forum GDB)

Bahan-bahan
200 gm ayam (akak pakai boneless chicken)
3 ulas bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih* *dihiris
1 inci halia*
1 biji cili merah*
2 tangkai daun sup & bawang - akak ikat aje
1 batang lobak merah - potong kecil-kecil
1 biji tomato - belah 6
1 sudu kecil tepung jagung# #bancuh
1/2 cawan air#
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
garam secukup rasa


Cara
1. Ayam dibersihkan & potong kecil-kecil.
2. Masukkan semua bahan kecuali, tomato, daun sup dan bawang dalam periok. Gaul & masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan pula tomato & daun sup n bawang. Gaul rata & masak dlm satu minit & tutup api. Siap untuk dihidang.

psst: Resipi ni liza copy dan paste je dari Forum Gang Dapur Berasap (GDB).

AYAM KESHMIRI

Amboi... nampak sedap resipi ni. Sungguh mudah penyediaannya. Kalau tengok rupa, saling tak tumpah macam ayam masak kurma. Menarik sungguh dengan atur kuliner hidangan ni. Sesuai juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi putih. Malah, boleh juga dijadikan cicahan roti tawar atau roti jala. Terima kasih, Kak Sapiah(forum GDB) yang sudi berkongsikan resipi istimewanya ini. Kepada kekawan yang mahu mencubanya, di sini liza panjangkan resipinya.

Ayam Keshmiri
Sumber: Kak Sapiah (Forum GDB)

1 ekor ayam - potong 8, goreng lembab
150g plain yoghurt
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato - belah empat
Kayu manis empat sekawan
1/2 cawan air
garam secukup rasa
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
Bawang goreng untuk hiasan

Bahan kisar
100g gajus
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato
4-5 biji cili padi hijau
1/2 st serbuk lada putih
1/2 st serbuk kunyit
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan halus
1 pokok daun ketumbar

Caranya
1. Tumis kayu manis empat sekawan hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan susu cair, yoghurt, garam dan 1/2 cawan air. Kacau rata dan biarkan mendidih..masukkan ayam.
3. Masak sehingga terbit minyak, masukkan tomato dan hirisan daun ketumbar..gaul rata...hidang.

Selamat mencuba!

Monday, June 29, 2009

Roti Naan

Roti ni kalau Liza beli kat restoran mamak, diorang masak dalam dapur khas yang berupa macam tempayan berwarna merah oren tu. Roti ni memang lembut dan sangat mengenyangkan. Bagi yang ingin menukar selera bila dah jemu makan nasi, bolehlah cuba roti naan ni. Cicah dengan kuah kari, pudina chutney, keema, kari kambing dan sewaktu dengannya. Memang terangkat. Tapi, selalunya liza suka beli set bersama ayam tandoori. Kalau makan sorang memang tak boleh habis. Selalunya, liza kongsi dengan hubby. Hai... sehati sejiwa la katakan. Hehehe....

Roti Naan
Resipi Asal: P.Desai
Penyumbang resipi: Puan Palatable (Forum GDB)

Ingredients
250g Maida (All purpose flour)
1 Teaspoon Dried Yeast
1/2 Teaspoon Baking powder
1 Tablespoon Kalonji (Nigella seeds) tak letak pun boleh
1 Teaspoon Salt
1 Teaspoon Caster Sugar
2 Tablespoon Curd (Yogurt)
2 Teaspoon Oil
1/4 Cup Warm Milk
1/2 Cup Warm Water
1 Egg (Optional)
Butter
Chopped Coriander for garnishing

Method:
1. Sieve Maida, salt, baking powder together in a bowl. Add Kalonji in the flour.
2. In warm milk dissolve dry yeast, let it dissolve till it becomes frothy.
3. If using egg, beat the egg with caster sugar and add it in the flour.
4. Add oil to the flour and mix it properly.
5. Use warm water for kneading the dough. After adding the warm water knead the dough. Knead the dough for 10 minutes for fluffy and soft Naan.
6. Once the dough is kneaded brush it with oil and cover it with cling film. Let it rest for 1 - 2 hours in warm place. The dough will get double in size.
7. Make small balls from the dough and let the balls rest for 20 minutes. Now roll out the naan in desired shape, preferrably oval in shape.
8. Pre heat the oven on 180 degree celcius. Grease the bakin tray with butter and place the rolled out Naan and bake the Naan for 15 - 20 Minutes till it becomes fluffy and you see brown patches.
9. Once the Naan is ready brush it with butter and sprinkle chopped coriander on top. serve it with any rich Curry.

Nota : Saya masak gunakan kuali leper saja. Baking powder dan kalonji tidak saya gunakan. Hati2 bila campurkan air, jgn tuang semua takut
terlembik jadi campur sedikit2 dahulu.

PUDINA CHUTNEY



Ini adalah salah satu jenis hidangan side dish yang paling liza gemari kalau makan roti naan bersama ayam tandoori. Rasanya ada masam-masam dan bermentol skit. Selain itu, aroma khasnya membuatnya chutney ni lebih terasa istimewa. Kata Puan Palatable (forum GDB), side dish ni boleh dilawankan dgn naan, capati atau parotta. Semasa menyediakannya jgn campur air kerana kalau cair rasanya akan menjadi kurang sedap. Biasanya di India mereka gunakan batu giling untuk melumatkan bahan-bahan membuat Chutney ni.

PUDINA CHUTNEY
Penyumbang resipi: Puan Palatable

Ingredients:

Pudina leaves(mint leaves) : 2 cups
Coriander leaves : 2 cups
Green chillies : 3 or 4 nos.(according to taste)
Tamarind or : size of a marble
Tamarind paste : 1 tsp.
Jaggery : 1 tbsp.
Salt to taste
Curry leaves and ginger: optional



Method:

Wash the pudina leaves and coriander leaves and green chillies in running water and wipe with clean towel to remove all the moisture.

If using tamarind, soak in 2 tbsp. of hot water. Grind all the ingredients together. Your tasty pudina chutney is ready. ENJOY!

Liza: Sowey la... resipi dalam bahasa Inggeris... sebab liza copy dan paste jer dari forum GDB.

Keema


Liza memang suka dengan hidangan ini. Sesuai dimakan bersama apa jenis roti termasuk roti tawar. Keema yang telah disediakan oleh Puan Palatable(Forum GDB) ini sememangnya amat popular dikalangan hidangan masyarakat India. Akan tetapi, hidangan yang sedemikian rupa juga turut digemari oleh orang-orang Melayu kita juga. Bagi yang belum pernah mencuba dan ingin mencubanya, bolehlah ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Palatable ini.

KEEMA
Penyumbang Resipi: Puan Palatable

Khas buat gang semua inilah resepi keema yang telah kak buat. Kalau
tak suka pedas kurangkan cilinya. Peas itu kak gantikan dgn kentang dan
karot yang dipotong dadu.

Ingredients

* 2 tbsp ghee, butter or oil
* 2 medium-sized onions (100g each), quartered and thinly sliced
* 20g ginger, finely chopped
* 3 cloves garlic, finely chopped
* 1 green chilli, finely chopped
* 1 piece cinnamon
* 3 cardamoms
* 300g lamb or beef minced or cubed
* 2 tbsp curry powder
* 2 tbsp chilli powder
* 2 tomatoes (250g), roughly chopped
* 1 1/2 tsp salt
* 1 cup fresh or frozen peas
* 1/2 cup coriander leaves and stalks, roughly chopped
* 1/2 cup mint leaves, roughly chopped


Directions

1. In a pan, heat the ghee and fry half the onions until they begin to brown. Add ginger, garlic and green chilli and whole spices.
2. Cook 2-3 mins and add the lamb, stirring until meat browns. Add curry powder and chilli powder and cook for 1-2 minutes, add chopped tomatoes. Cook on medium heat until the tomatoes break down, then add a cup of water.
3. Lower heat, stir in the salt and simmer, partially covered, until lamb is tender - about 20 mins. Add peas and cook for a few minutes. Stir in corriander and mint, remove from heat.

Liza: Sowey la gang.... ni liza main copy dan paste je dari forum GDB.

Roti John



Bagi yang menggemari roti john, bolehlah mencuba resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Villa (Forum GDB) ini yang sememangnya amat mudah disediakan dan pasti disukai ramai. Untuk itu, liza terus paste je resipi yang dikarang sendiri oleh Puan Villa kat sini. Selamat mencuba.

Roti John

Penyumbang resipi: Puan Villa

Bahan:

1/2 roti perancis (french loaf)
1 tin corn beef (akak guna separuh aje)
1 biji sedang bawang merah (dipotong dadu)
1 batang lada merah (dihiris)
sedikit serbuk lada putih
1 biji telur (di kocok)
sedikit majerin

Gaul kan kesemua corn beef, bawang merah, lada & serbuk lada putih sehingga sebati.

Sapu telur kat roti perancis, kemudian bubuh kan adunan di atas. Sebelum bakar, sapu sedikit majerin kat oven tray. Bakar dalam suhu 160c selama 5-6 minit.

Nota: Akak tak gunakan garam sebab corn beef tu dah masin dah...

Thursday, May 21, 2009

LAKSA JOHOR

Laksa Johor ini sebenarnya menggunakan spagetti bagi menggantikan mee laksa yang biasa kita gunakan. Rasa spagetti untuk laksa ini lebih sedap dan kenyal rasanya. Bagi yang tidak menggemari spagetti, boleh juga menggunakan mee laksa biasa. Cuma, dah hilanglah tradisionalnya. Bagi yang menggemari dan ingin mencuba sendiri laksa Johor ini, boleh mencuba resipi yang telah disediakan oleh Efkay di bawah ini.



Kuah Laksa Johor - (12-14 orang)
1/2 kilo ikan parang} ------> rebus and kisar
250 gm udang basah}
150 gm udang kering ]-------> rendam and kisar
100 gm ikan kering kurau ]
sedikit belacan
10 biji bwg putih )
10 biji bwg besar )
15-20 biji lada kering )--------> kisar *****
3-5 biji lada hidup)
5 batang serai)
2 inci lengkuas)
2 inci halia)
1 inci kunyit)
3 senduk serbuk kari daging
3-4 sudu kerisik
2 biji kelapa
5-10 keping asam keping


Cara :

1)Tumis bhn*** wangi masuk serbuk kari,naik minyak masuk santan
2) Mendidih masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kering kisar
3) Reneh dlm 20 minit baru masukkan asam keping dan kerisik.
4) Perasakan dgn garam dan gula secukup rase

Note : make sure kuah dan mendidih baru masuk ikan supaya tak berketul2

Kalau nak makan for sarapan,masak malam supaya kuah lebih mesera

Bahan ulam -
Taugeh
Timun ( buang empulur potong nipis and bulat2)
Bwg merah/Dauh selasih/Daun kesum - hiris
Sambal Belacan
2 bungkus spaggeti (rebus)
limau kasturi

MEE SUP

Ramai yang menggemari sup. Lebih-lebih lagi dimakan bersama mee atau bihun. Tapi kali ini, Efkay telah membuat kelainan dengan menggunakan mee lidi (longevity mee). Kata Efkay, rasanya seakan-akan mee segera. Anak-anaknya sangat menggemari hidangan mee sop ini. Jadi, Efkay sudi berkongsikan resipi mee sopnya bersama gang-gang semua.


Bahan :-

Mee lidi - agak2 la ya bape byk nak pakai
3 - ulas bwg kecil } ---> tumbuk lumat
2 - ulas bwg putih }
20 - biji meat ball
5 - btg crab stick - potong 3
10 - ekor udang sederhana
1 - btg karot
1 - pokok sawi
1 - kiub ayam
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara :

1. Celur mee lidi seperti arahan pada paket
2. Tumis bwg,wangi masuk air dan kiub ayam,garam
3. Masuk karot.Mendidih masuk meat ball,udang,crab stick.
4. mendidih masuk mee . Last masuk sawi.Mendidih angkat.


IKAN BAWAL BAKAR

Resipi ikan bawal bakar ini telah dikongsikan bersama oleh Efkay yang sememangnya amat menyelerakan. Kepada gang-gang dapur yang mahu mencubanya, bolehlah ikut resipi daripada Efkay, di bawah ini.
1 - ekor ikan bawal
1/2 biji - limau nipis (ambil jusnya)
1/2 sb - kicap pekat
garam n gula secukup rase
daun pisang

Bahan2 utk dikisar

4 - tangkai cili merah
4 - biji buah keras
8 - ulas bwg merah
1- btg serai
1/2 sb - belacan
1- sb serbuk cili
2 - helai daun limau purut


Cara :-


- tumis bahan kisar hingga naik minyak
- masukkan jus limau n kicap
- perasakan dgn garam dan gula.angkat
- lumur pade ikan dan bungkus dengan daun pisang
- Bakar dlm oven pade suhu 170C (api grill) selama 20-30 min or sehingga ikan masak



Note : untuk pastikan ikan masak.Cucuk isinya dgn lidi.Jika tiada isi ikan melekat,tanda sudah masak

IKAN MASAK MASAM MANIS

Masakan ni kalau pekena dengan nasi panas, memang terangkat. Kena pula ikan segar, bertambah sedap la jadinya. Ikan Masak Masam Manis ni, adalah sumbangan dari Efkay(GDB), seorang suri rumah tangga yang rajin ke dapur... hehehehe.... sampaikan dua jenis masakan ikan masam manis yang telah dikongsikan untuk kita. Jadi tunggu apa lagi, jomlah kita ke dapur... try resipi ni.... Kepada Efkay, terima kasih ler bebanyak kerana sudi kongsikan resipi yang best ni.

Bahan :-

1 - ekor ikan bawal hitam/siakap/2 keping ikan merah/kerapu
6 - ulas bwg merah }
3 - ulas bwg putih }
1 - cm halia } -----> kisar halus
4 - sudu besar sos cili
4 - sudu besar sos tomato
1 - sudu kecil lada sulah
1 - labu bwg besar - potong bulat
1 - tin kecil nenas kiub ( yg bulat pun bole.... potong 8 )
2 - sudu besar air nenas
garam/gula secukup rase
1 - sudu kecil tepung jagung campur sedikir air (bahan pemekat)



Cara :-


1) Ikan yg disalut garam/kunyit,goreng garing
2) Kurangkan minyak tumis bhn kisar,wangi masuk sos,lada sulah,garam n gula
3) Masukkan bwg besar,air tepung jagung.kacau rata.
4) Masukkan nenas n airnya.Mendidih masuk ikan gaul sebati angkat.


Ha... yang ni versi yang satu lagi. Kalau ada yang teringin nak cuba yang ini pula... terpulanglah pada selera masing-masing, yer!


Bahan :-

1 - ekor ikan siakap/ 2 keping ikan merah/2 keping ikan kerapu
10 - biji cili merah - kisar kering
1 - biji bawang besar - potong dadu
2 - ulas bwg putih - belah 2 then pepah dgn pelepah pisau
1- - sudu besar sos tiram
3 - sudu besar sos cili
Garam/gula secukup rase
Kunyit
Tepung Jagung
sedikit air

Cara :

1) Ikan gaul dgn garam/kunyit then goreng ( lagi sedap kalau salut dgn tepung jagung)
2) Kurangkan minyak dlm kuali,Tumis bawang naik bau tepikan dalam kuali,then tumis lada.garing,campurkan
dgn bwg tadi masukkan air,masukkan sos perasakan gula/garam.
3) Masukkan ikan biar kejap then angkat.

CHICKEN CHOP ALA-EFKAY

Menurut Puan Efkay yang sudi berkongsikan resipi 'Chicken Chop' ni, pada asalnya resipi tersebut menggunakan ikan dory yang diimport dari Veitnam tu yang katanya tak boleh dimakan, maka digantikannya dengan ayam. Jadi, diperaplah ayam tersebut seperti mana dalam resipi fish n chips tu. Tup-tup... terhasillah Chicken Chop Ala- Efkay yang nampak sedap lagi menggiurkan tu! Walau apa pun Puan Efkay, terima kasih bebanyak kerana sudi berkongsi pengalaman dan percubaan berani ni kepada semua gang di sini. Kepada gang-gang dapur sekelian, kalau ada yang berminat nak mencuba resipi ni... Liza dah tepekkannya sekali.... Selamat mencuba!


Bahan2:-


700gm - isi ayam
2 - sb paras serbuk kari
2- sb paras serbuk kunyit
2 - sb kicap cair
2 - sb sos tiram
1st - pepper
garam secukup rase

Perap Bahan atas at least 3 jam

Bahan2 utk salut ayam

2- biji telur } ----> kocok bersama
sedikit peper }
tepung gandum secukupnya
bread crumb secukupnya


Cara :

Salut pada tepung,then telur.last sekali bread crumb.Goreng deep fry sehingga warna kuning



Untuk dressing

1 - tin sup cendawan campbell
1.5 tin - air
1- labu bwg cincang dadu
2 - ulas bwg putih tumbuk halus
3 - sb sos tiram
2 - sb kicap cair
1 - sb gula perang
1/2 - st garam
1 - st penuh tepung jagung (campur sket air)


Cara :-

1. Tumis bwg,wangi masuk sup cendawan n air.
2. Masukkan sos tiram,kicap cair,gula n garam
3. Mendidih masuk bancuhan tpg jagung.Mendidih Angkat

KUNG PAO CHICKEN

Resipi masakan ayam yang dikongsikan oleh Puan Efkay ini, sememangnya amat menyelerakan. Lihatlah sahaja hidangan dari hasil tangan beliau, sudah tentu akan menggugat sesiapa sahaja yang mahu menikmatinya bersama nasi panas dan lauk-pauk yang lain. Alamak... dah macam tulisan untuk majalah masakan pula. Maklumlah... dah terbiasa... hehehehe.... apa-apa pun... terima kasih buat Puan Efkay yang sudi berkongsi resipi 'Kung Pao Chicken' ni bersama gang-gang dapur yang lain. Kalau ada yang nak mencuba resipi beliau, bolehlah ikut resipinya yang liza panjangkan di bawah ni. Selamat mencuba!


Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak tuk menumis
garam - kalau perlu

Cara
Panaskan sedikit minyak dlm kuali
Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api

Friday, May 15, 2009

SPICY CARROT MUFFIN

Satu kelainan yang telah disediakan oleh Puan Palatable dalam penyediaan muffin. Kebiasaannya muffin yang kita kenal memiliki rasa manis, berbeza pula kali ini. Muffin yang disediakan oleh Puan Palatable kali ini berasa pedas sedikit. Sungguh istimewa, bukan?! Jadi kepada gang yang mahu mencuba membuat muffin ini, di sini Liza sertakan sekali resipinya. Selamat mencuba!
Ingredients

* 2 teaspoons olive oil
* 1 big onion, chopped
* 1 garlic clove, crushed
* 1 tablespoon curry powder
* 1 cup grated carrot
* 2 cups self-raising flour
* 80g butter, melted
* 1 egg, lightly beaten
* 1 cup milk

Method

1. Preheat oven to 200°C. Grease twelve 1/3-cup capacity muffin holes.
2. Heat oil in a frying pan over medium heat. Add onion and garlic. Cook, stirring, for 3 minutes or until onion is soft. Add curry powder and
carrot. Cook for 2 minutes. Remove from heat. Allow to cool.
3. Sift flour into a bowl. Combine butter, egg and milk in a jug. Mix well. Pour into flour. Stir gently until almost combined. Fold in carrot mixture. Spoon mixture into muffin holes until three-quarters full.
4. Bake for 18 to 20 minutes or until a skewer inserted into the centre
comes out clean.

Tuesday, May 12, 2009

Rojak

Resipi rojak yang telah dikongsikan bersama oleh Puan Efkay(GDB) ini, sememangnya segar dan sesuai untuk hidangan sampingan sambil menonton televisyen dan majlis keramaian. Cara penyediaannya juga sangat mudah. Kepada Puan Efkay, terima kasih bebanyak kerana sudi kongsikan resipi sedap ini. Kepada yang mahu mencuba, liza letakkan resipi rojak tersebut untuk anda mencubanya sendiri.

Bahan2:-


1 - biji nenas
1 - biji sengkuang (sedang)
1 - biji timun
taugeh } --------> celur sebentar
kangkung }
tahu - digoreng potong kecil2( kalau suke)



Kuah

250 - gm kacang tanah - goreng n kisar
2 - sb pes lada kering (klu suke pedas bole lebihkan)
2- 3 - sb petis (secukup rase)
3 - sb kicap (secukup rase)
garam secukup rase (jika perlu)
gula perang secukup rase
air asam jawa secukupnya


Satukan semua.Biar pekat kuahnya sebab nanti bile gaul dgn sayur2an kuahnya akan cair sedikit sbb sayur2an tu keluar air.

Monday, April 27, 2009

Salam Perkenalan

Terlebih dahulu Liza sebagai wakil gang-gang dapur yang lain mewujudkan blog yang tak seberapa ini, bertujuan untuk meneruskan siratulrahim sesama kita walau di mana jua gang-gang berada. Walaupun dulu pernah kenal, berkongsi pendapat, resipi dan sebagainya dari forum interaktif popular, FRD, kini mewujudkan satu lagi blog milik gang-gang semua untuk teruskan minat kita bersama dalam bidang masak-memasak. Dengan ini, Liza berharap, gang-gang semua dapat menceriakan dan menyerikan blog dan forum Gang Dapur ini dari semasa ke semasa.