Thursday, May 21, 2009

KUNG PAO CHICKEN

Resipi masakan ayam yang dikongsikan oleh Puan Efkay ini, sememangnya amat menyelerakan. Lihatlah sahaja hidangan dari hasil tangan beliau, sudah tentu akan menggugat sesiapa sahaja yang mahu menikmatinya bersama nasi panas dan lauk-pauk yang lain. Alamak... dah macam tulisan untuk majalah masakan pula. Maklumlah... dah terbiasa... hehehehe.... apa-apa pun... terima kasih buat Puan Efkay yang sudi berkongsi resipi 'Kung Pao Chicken' ni bersama gang-gang dapur yang lain. Kalau ada yang nak mencuba resipi beliau, bolehlah ikut resipinya yang liza panjangkan di bawah ni. Selamat mencuba!


Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak tuk menumis
garam - kalau perlu

Cara
Panaskan sedikit minyak dlm kuali
Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api

No comments:

Post a Comment