Thursday, May 21, 2009

CHICKEN CHOP ALA-EFKAY

Menurut Puan Efkay yang sudi berkongsikan resipi 'Chicken Chop' ni, pada asalnya resipi tersebut menggunakan ikan dory yang diimport dari Veitnam tu yang katanya tak boleh dimakan, maka digantikannya dengan ayam. Jadi, diperaplah ayam tersebut seperti mana dalam resipi fish n chips tu. Tup-tup... terhasillah Chicken Chop Ala- Efkay yang nampak sedap lagi menggiurkan tu! Walau apa pun Puan Efkay, terima kasih bebanyak kerana sudi berkongsi pengalaman dan percubaan berani ni kepada semua gang di sini. Kepada gang-gang dapur sekelian, kalau ada yang berminat nak mencuba resipi ni... Liza dah tepekkannya sekali.... Selamat mencuba!


Bahan2:-


700gm - isi ayam
2 - sb paras serbuk kari
2- sb paras serbuk kunyit
2 - sb kicap cair
2 - sb sos tiram
1st - pepper
garam secukup rase

Perap Bahan atas at least 3 jam

Bahan2 utk salut ayam

2- biji telur } ----> kocok bersama
sedikit peper }
tepung gandum secukupnya
bread crumb secukupnya


Cara :

Salut pada tepung,then telur.last sekali bread crumb.Goreng deep fry sehingga warna kuning



Untuk dressing

1 - tin sup cendawan campbell
1.5 tin - air
1- labu bwg cincang dadu
2 - ulas bwg putih tumbuk halus
3 - sb sos tiram
2 - sb kicap cair
1 - sb gula perang
1/2 - st garam
1 - st penuh tepung jagung (campur sket air)


Cara :-

1. Tumis bwg,wangi masuk sup cendawan n air.
2. Masukkan sos tiram,kicap cair,gula n garam
3. Mendidih masuk bancuhan tpg jagung.Mendidih Angkat

No comments:

Post a Comment