Tuesday, May 12, 2009

Rojak

Resipi rojak yang telah dikongsikan bersama oleh Puan Efkay(GDB) ini, sememangnya segar dan sesuai untuk hidangan sampingan sambil menonton televisyen dan majlis keramaian. Cara penyediaannya juga sangat mudah. Kepada Puan Efkay, terima kasih bebanyak kerana sudi kongsikan resipi sedap ini. Kepada yang mahu mencuba, liza letakkan resipi rojak tersebut untuk anda mencubanya sendiri.

Bahan2:-


1 - biji nenas
1 - biji sengkuang (sedang)
1 - biji timun
taugeh } --------> celur sebentar
kangkung }
tahu - digoreng potong kecil2( kalau suke)



Kuah

250 - gm kacang tanah - goreng n kisar
2 - sb pes lada kering (klu suke pedas bole lebihkan)
2- 3 - sb petis (secukup rase)
3 - sb kicap (secukup rase)
garam secukup rase (jika perlu)
gula perang secukup rase
air asam jawa secukupnya


Satukan semua.Biar pekat kuahnya sebab nanti bile gaul dgn sayur2an kuahnya akan cair sedikit sbb sayur2an tu keluar air.

No comments:

Post a Comment