

Bahan:
Ikan talapia/puyu atau apa sahaja ikan darat. (Ni liza bg resepi utk 3 ekor ikan talapia saiz sederhana, korang siap siang dan perap dengan air asam utk hilangkan bau hanyirnya. Pastu bilas bersih)
1 cawan beras, digoreng tanpa minyak (jgn sampai hangus, agak2 dah putih atau perang skit tutup api) dan ditumbuk kasar
9 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Caranya:
Taburkan sedikit beras di dasar botol. Masukkan seekor ikan. Tabur beras goreng , garam dan 3 keping asam. Lapiskan seekor ikan dan tabur beras goreng, garam dan 3 keping asam. Lakukan sehingga habis. Ketika membuatnya, tak perlu tambah air sebab ikan tersebut sudah mengandungi air. Peram ikan perkasam tadi selama seminggu. Kalau liza... terus masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan selama seminggu. Pastu dah boleh goreng dah. Ikan perkasam ni... lagi lama diperam, lagi bertambah sedap.
Sumber dari: Liza
No comments:
Post a Comment